View Full Version: Syarat baru jual motosikal terpakai:Wajib hantar P

Choppersgarage > Law & Enforcement > Syarat baru jual motosikal terpakai:Wajib hantar P


Title: Syarat baru jual motosikal terpakai:Wajib hantar P
Description: apa kata anda?


penunggu - January 12, 2011 01:10 AM (GMT)
Wajib hantar PUSPAKOM
Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my
2011/01/12


Hisham Othman
Syarat baru jual motosikal terpakai: Tindakan dapat lindungi pengguna beli kenderaan curi, diubahsuai haram

KUALA LUMPUR: Motosikal terpakai yang hendak dijual akan diwajibkan menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi melindungi pengguna daripada membeli kenderaan curi atau diubahsuai secara haram.
Jika cadangan PUSPAKOM itu diluluskan, dianggarkan kira-kira tiga juta motosikal terpakai yang digunakan sekarang dan berada di kedai menjual motosikal perlu menjalani pemeriksaan jika maju ditukar hak milik atau dijual.
Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Hisham Othman, berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan tidak lama lagi bagi mengelak pembeli ditipu selain menjaga keselamatan pemilik baru kenderaan itu.

“Sebelum ini tidak pernah ada pemeriksaan berjadual untuk motosikal berbanding kereta, bas dan lori. Oleh itu, cadangan ini dapat mengesan sama ada motosikal yang dalam proses jual beli itu dalam keadaan baik atau mengenal pasti identitinya, sama ada kenderaan curi atau tidak, keadaan badan, enjin serta memiliki peralatan seperti lampu dan cermin.

“Pemeriksaan seumpama ini juga dapat mengesan motosikal yang mengeluarkan bunyi bising dan motosikal potong,” katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di sini, semalam.

Ketika ini, kenderaan persendirian diwajibkan menjalani pemeriksaan mandatori di PUSPAKOM bagi tukar milik kenderaan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan dikenakan caj sebanyak RM50.
Hisham juga memberi jaminan akan mengenakan caj pemeriksaan motosikal yang lebih rendah berbanding kenderaan lain jika cadangan itu diluluskan.

“Saya percaya rakyat dan pembuat dasar akan setuju dengan cadangan ini kerana ia dapat menjaga keselamatan pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya,” katanya.

Malah, katanya, cadangan itu juga dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan maut di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal terutama jika ia berpunca daripada motosikal rosak.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia, Wee Hong, berkata mengikut data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebanyak 500,000 motosikal baru dijual setiap tahun di negara ini.

“Sehingga akhir 2010, sebanyak 9.4 juta motosikal berada di jalan raya di seluruh negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah berkenaan, dianggarkan 35 peratus daripadanya dijual sebagai motosikal terpakai menerusi ejen penjual motosikal dan skuter termasuk 5,000 ahli persatuan berkenaan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles...SPAKOM/Article/

spongy - January 12, 2011 01:15 AM (GMT)
damnit

antulaparbalikpagi - January 12, 2011 01:15 AM (GMT)
kalu antar puspakom, owner baru lepas beli muto x diselenggara dgn baik
rantai kendur & sebagainya
eksiden jugak nnt

moto x sama dgn keta
2 tayar, mudah jatuh kalu jadi apa2

itu alasan puspakom x kukuh


my personal view, ini benda takan jadik
rakyat malaysia ni ramai kelas pertengahan & kelas bwh
even yg keja gomen pun ramai pakai moto
byk muto x leh jual, kedai muto alami lambakan, rakyat makin rasa tertindas

pilihanraya dh dekat
dorang x takut ka? :rolleyes:

pako - January 12, 2011 01:26 AM (GMT)
say hello to my lil' friend......

KISS MY FURY ASSH!!!!

pembuat dasar yg mau kaut keuntungan aja.... !!!!!!!

ohsai79 - January 12, 2011 01:28 AM (GMT)
Kalau 1 moto caj RM50...huuui untung ni....3juta moto dah RM150000000 :ph43r:

bUd_StrAngeR - January 12, 2011 01:30 AM (GMT)
Aduh....Xjadi lah nak jual moto mcm nie...Nak peram jd akuarium kt kedai ju... :ph43r: :ph43r:

batpod2200 - January 12, 2011 01:32 AM (GMT)
Bud, itu law belum enforce. kalau mau jual, skrg is the time

antulaparbalikpagi - January 12, 2011 01:33 AM (GMT)
QUOTE (bUd_StrAngeR @ Jan 12 2011, 01:30 AM)
Aduh....Xjadi lah nak jual moto mcm nie...Nak peram jd akuarium kt kedai ju... :ph43r: :ph43r:

peram dlm akuarium la lg baguih :ph43r:

chopperSengkek - January 12, 2011 01:47 AM (GMT)
QUOTE (antulaparbalikpagi @ Jan 12 2011, 09:33 AM)
QUOTE (bUd_StrAngeR @ Jan 12 2011, 01:30 AM)
Aduh....Xjadi lah nak jual moto mcm nie...Nak peram jd akuarium kt kedai ju... :ph43r:  :ph43r:

peram dlm akuarium la lg baguih :ph43r:

peram tak baguih woo!!! :blink:

kasik taruk atas kedai baru baguih!!! mcm ala2 hardrock cafe :P


aku rasa benda ni tak jadik punya.... kalu jadik pun, ramai lagi la yg takde roadtax..++ outlaw... B)

penunggu - January 12, 2011 02:13 AM (GMT)
sekarang nih depa dok pikir memacam cara utk dapatkan duit..kalau dok study balik byk dasar yg sedang berjalan..kita aje yg x amik endah...so be prepare aje laa utk keluar duit tanpa rasa was-was..


kalau macam xda road tax or outlaw tuh depa akan buat pembaharuan jugak...nak duit semua jadik..


errr...ade dengar tak yg JPJ dah kuatkuasa JPJ kini berkuasa di semua jenis jalan.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles...isjalan/Article

Red Hot Cili Api - January 12, 2011 08:15 AM (GMT)
QUOTE (penunggu @ Jan 12 2011, 09:10 AM)
Wajib hantar PUSPAKOM
Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my
2011/01/12


Hisham Othman
Syarat baru jual motosikal terpakai: Tindakan dapat lindungi pengguna beli kenderaan curi, diubahsuai haram

KUALA LUMPUR: Motosikal terpakai yang hendak dijual akan diwajibkan menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi melindungi pengguna daripada membeli kenderaan curi atau diubahsuai secara haram.
Jika cadangan PUSPAKOM itu diluluskan, dianggarkan kira-kira tiga juta motosikal terpakai yang digunakan sekarang dan berada di kedai menjual motosikal perlu menjalani pemeriksaan jika maju ditukar hak milik atau dijual.
Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Hisham Othman, berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan tidak lama lagi bagi mengelak pembeli ditipu selain menjaga keselamatan pemilik baru kenderaan itu.

“Sebelum ini tidak pernah ada pemeriksaan berjadual untuk motosikal berbanding kereta, bas dan lori. Oleh itu, cadangan ini dapat mengesan sama ada motosikal yang dalam proses jual beli itu dalam keadaan baik atau mengenal pasti identitinya, sama ada kenderaan curi atau tidak, keadaan badan, enjin serta memiliki peralatan seperti lampu dan cermin.

“Pemeriksaan seumpama ini juga dapat mengesan motosikal yang mengeluarkan bunyi bising dan motosikal potong,” katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di sini, semalam.

Ketika ini, kenderaan persendirian diwajibkan menjalani pemeriksaan mandatori di PUSPAKOM bagi tukar milik kenderaan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan dikenakan caj sebanyak RM50.
Hisham juga memberi jaminan akan mengenakan caj pemeriksaan motosikal yang lebih rendah berbanding kenderaan lain jika cadangan itu diluluskan.

“Saya percaya rakyat dan pembuat dasar akan setuju dengan cadangan ini kerana ia dapat menjaga keselamatan pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya,” katanya.

Malah, katanya, cadangan itu juga dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan maut di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal terutama jika ia berpunca daripada motosikal rosak.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia, Wee Hong, berkata mengikut data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebanyak 500,000 motosikal baru dijual setiap tahun di negara ini.

“Sehingga akhir 2010, sebanyak 9.4 juta motosikal berada di jalan raya di seluruh negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah berkenaan, dianggarkan 35 peratus daripadanya dijual sebagai motosikal terpakai menerusi ejen penjual motosikal dan skuter termasuk 5,000 ahli persatuan berkenaan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles...SPAKOM/Article/

“Pemeriksaan seumpama ini juga dapat mengesan motosikal yang mengeluarkan bunyi bising dan motosikal potong,” katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di sini, semalam.
Wat du yu ting gais?

“Saya percaya rakyat dan pembuat dasar akan setuju dengan cadangan ini kerana ia dapat menjaga keselamatan pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya,” katanya.
Ya ke? Rakyat di CG (paling setuju...lah sangat :( ) hehehe!


chopperSengkek - January 12, 2011 08:24 AM (GMT)
sy setuju... sy suka motor stended.... sy da insaf!!! :ph43r:

hardcore - January 12, 2011 09:35 AM (GMT)
ni mmg bolo punya org.... :angry: pasni klu laksana kompem la shh org nak jual moto yg tepakai sbb byk kerenah. bg yg main custom kompem buat moto pakai sampi mati.. xpon pakat jd 1%... pasni dr purata bikez yg xbeminat dgn dunia politik pakat brubah la plk. sbbnya standart gomen nih kena ajar... 5thn skali kita tukar pemerintah, jap BN jap BA... lama2 mentri pakat2 ikut rakyat sbb takut kecundang... :P

penunggu - January 12, 2011 09:53 AM (GMT)
kena ingat..puspakom n jpj nih saling kait rapat...jpj nih dia punya saman xde timbang rasa macam polis yg ade separuh harge tuh..

salah satu yg aku nampak tujuan nye ialah utk menggalakkan tukar motor selalu macam pakai baju laa..kalau dah burok beli baru...apa nak simpan nak jual lagik.

moto lama timbang kati laa... ;)

akan byk le spare part motor nanti

ohsai79 - January 12, 2011 10:47 AM (GMT)
kalau buat syarat ni....HD Rocker C tinggal RM60k......aku sokong...hu hu hu hu.... :ph43r:

antulaparbalikpagi - January 12, 2011 03:22 PM (GMT)
lepas ni, muto stended even kapcai pun akan naik harga gila babi punya

silap2 lc135 sekenhen pun kena wat loan 7 tahun :ph43r:



pastu kompeni besar atas angin pun akan terus maju jaya,
rakyat marhaen mcm kita jugak duk terus menerus buat hutang

aku rasa, kerajaan kita mmg suka rakyat dia buat hutang kut

blackie - January 12, 2011 04:10 PM (GMT)
QUOTE (penunggu @ Jan 12 2011, 09:10 AM)
“Sehingga akhir 2010, sebanyak 9.4 juta motosikal berada di jalan raya di seluruh negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah berkenaan, dianggarkan 35 peratus daripadanya dijual sebagai motosikal terpakai menerusi ejen penjual motosikal dan skuter termasuk 5,000 ahli persatuan berkenaan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles...SPAKOM/Article/

9,400,000 x 35% = 3,290,000

kalo cas 1 moto rm10 je...puspakom dpt rm32,900,000...tu satu round...

tk kira yg kandas pemeriksaan dan kena ulang proses...tambah lg rm10 JE!...

tu pun KALO casnya rm10...kalo 20, 30, 40?....lu pikiaq lar senirik...

"ada la nnt staf puspakom lps ni yg leggo imprezza dia, bleh upgrade amik posyer ke, ferari ke, lambojini ke...perghhhh...kaya kaya!!!..." -ayat hasad dengki dr sy kpd sepupu sy!!! :ph43r:

chopperSengkek - January 13, 2011 12:38 AM (GMT)
camne la nak tolak motor yg da kastem ni hek???

antulaparbalikpagi - January 13, 2011 01:03 AM (GMT)
QUOTE (chopperSengkek @ Jan 13 2011, 12:38 AM)
camne la nak tolak motor yg da kastem ni hek???

pegang handle dgn kedua2 belah tangan
pastikan moto di kanan anda, kecuali anda kidal

pastu lari laju2 sampai ke destinasi :ph43r:

chopperSengkek - January 13, 2011 01:11 AM (GMT)
QUOTE (antulaparbalikpagi @ Jan 13 2011, 09:03 AM)
QUOTE (chopperSengkek @ Jan 13 2011, 12:38 AM)
camne la nak tolak motor yg da kastem ni hek???

pegang handle dgn kedua2 belah tangan
pastikan moto di kanan anda, kecuali anda kidal

pastu lari laju2 sampai ke destinasi :ph43r:

mcm nak kene kat motor ijau kuning je nih...

blackie - January 13, 2011 01:46 AM (GMT)
QUOTE (antulaparbalikpagi @ Jan 13 2011, 09:03 AM)
QUOTE (chopperSengkek @ Jan 13 2011, 12:38 AM)
camne la nak tolak motor yg da kastem ni hek???

pegang handle dgn kedua2 belah tangan
pastikan moto di kanan anda, kecuali anda kidal

pastu lari laju2 sampai ke destinasi :ph43r:

hahahahahah!!!

nice one boss! :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol:

lawlessinc - January 13, 2011 02:09 AM (GMT)
Kerajaan skrang nk sume biker jdi 1%er :ph43r:

hardcore - January 13, 2011 03:35 AM (GMT)
QUOTE (lawlessinc @ Jan 13 2011, 10:09 AM)
Kerajaan skrang nk sume biker jdi 1%er  :ph43r:

hehehehe... agaknya la... kita dok m'sia cuba xmau jd 1% sbb masih ada etika sbg rakyat malaysia yg sopan santun... klu mcmni dah xdpt lari la... suma bikez kena buat 1%. moto beli stndrt, pastu bikin. jumpa jpj kita gaduh klu dia mau angkat...

apa kata klu benda nih naik parlimen, kita buat batahan reramai... suma bikez kumpul kat dataran merdeka bepiket.. mlm buat party... heheheheh :P

175J Da Virus - January 13, 2011 03:53 AM (GMT)
aduss....mcmane nak bawa motor yg x cukup sifat ke puspakom....leceh lah camnie...
nampak gaya dasar nie tiru S'pore...even kat sana nak idupkan insuran pon motor kene se sended yg mungkin.....adusss (mengeluh panjang!)....

lawlessinc - January 13, 2011 05:53 AM (GMT)
QUOTE (175J Da Virus @ Jan 13 2011, 10:53 AM)
aduss....mcmane nak bawa motor yg x cukup sifat ke puspakom....leceh lah camnie...
nampak gaya dasar nie tiru S'pore...even kat sana nak idupkan insuran pon motor kene se sended yg mungkin.....adusss (mengeluh panjang!)....

Dh jdi 1%er xyah pikir lg ler psal nk renew2 rdtax.. :ph43r:

hardcore - January 13, 2011 06:29 AM (GMT)
QUOTE (lawlessinc @ Jan 13 2011, 01:53 PM)
QUOTE (175J Da Virus @ Jan 13 2011, 10:53 AM)
aduss....mcmane nak bawa motor yg x cukup sifat ke puspakom....leceh lah camnie...
nampak gaya dasar nie tiru S'pore...even kat sana nak idupkan insuran pon motor kene se sended yg mungkin.....adusss (mengeluh panjang!)....

Dh jdi 1%er xyah pikir lg ler psal nk renew2 rdtax.. :ph43r:

betul betul betul... :P pasni bulah la pakat tampal 1%... dulu dgn jpj, pulis trafik kita slalu buat baik, klu ada roadblok pon masih yakin lg... skrg ni dah xda respek la... dah jd musuh.. kehkehkeh... tu pon kalau diluluskan.... ;)

pojee - January 13, 2011 02:32 PM (GMT)
DASAR TAK BAGUIHHHHHH DOK ADAAAAAAA NAK TIRU2 WURANG LAIN PUNYAAAA KONSEPPPPP KOTTTTT...... PATUT LA NI TIMBUIIII KONSEPPPP NAK JAGA LOBANG JAMBAN.... LOBANG KUBUR ....LOBANG PARIT SEGALA YG BULEHHH LAAAAAA DEPA SEMUA NAK JAGA...SIKIT ARI TEPI UMAH DAH ADA DEPA... JAGA HEHEHEHHEE....NI RASA ADA KAITANNNN ANTARA DEPA NIHHHHHH.... <_< :rolleyes: emmmm :rolleyes:

chopperSengkek - January 14, 2011 12:37 AM (GMT)
QUOTE (pojee @ Jan 13 2011, 10:32 PM)
DASAR TAK BAGUIHHHHHH DOK ADAAAAAAA NAK TIRU2 WURANG LAIN PUNYAAAA KONSEPPPPP KOTTTTT...... PATUT LA NI TIMBUIIII KONSEPPPP NAK JAGA LOBANG JAMBAN.... LOBANG KUBUR ....LOBANG PARIT SEGALA YG BULEHHH LAAAAAA DEPA SEMUA NAK JAGA...SIKIT ARI TEPI UMAH DAH ADA DEPA... JAGA HEHEHEHHEE....NI RASA ADA KAITANNNN ANTARA DEPA NIHHHHHH.... <_< :rolleyes: emmmm :rolleyes:

wah... :o ...marah nampak... :P

techman - January 14, 2011 01:53 AM (GMT)
QUOTE (antulaparbalikpagi @ Jan 13 2011, 09:03 AM)
QUOTE (chopperSengkek @ Jan 13 2011, 12:38 AM)
camne la nak tolak motor yg da kastem ni hek???

pegang handle dgn kedua2 belah tangan
pastikan moto di kanan anda, kecuali anda kidal

pastu lari laju2 sampai ke "FINAL DESTINATION" :ph43r:

ju --- tak baik tu :ph43r:

pojee - January 14, 2011 04:51 AM (GMT)
QUOTE (techman @ Jan 14 2011, 09:53 AM)
QUOTE (antulaparbalikpagi @ Jan 13 2011, 09:03 AM)
QUOTE (chopperSengkek @ Jan 13 2011, 12:38 AM)
camne la nak tolak motor yg da kastem ni hek???

pegang handle dgn kedua2 belah tangan
pastikan moto di kanan anda, kecuali anda kidal

pastu lari laju2 sampai ke "FINAL DESTINATION" :ph43r:

ju --- tak baik tu :ph43r:

biasa la tekmen dia kan baru aje mengalami pengalaman tulak muto....kira dia kongsi le tuhhh :D :lol: :D :D

dinjibam - January 18, 2011 11:51 AM (GMT)
QUOTE (antulaparbalikpagi @ Jan 12 2011, 11:22 PM)
lepas ni, muto stended even kapcai pun akan naik harga gila babi punya

silap2 lc135 sekenhen pun kena wat loan 7 tahun :ph43r:



pastu kompeni besar atas angin pun akan terus maju jaya,
rakyat marhaen mcm kita jugak duk terus menerus buat hutang

aku rasa, kerajaan kita mmg suka rakyat dia buat hutang kut

betui la bro anto
mmg kerajaan suke rakyah berhutang <_<

zhos - January 31, 2011 09:13 AM (GMT)
klu aku beli motor klasik yg dah tak cukup sifat...
sb spepat susah...pastu aku guna motor tu utk buat spepat...

perlukah dapatkan pengesahan dr puspakom.?

klu tak g puspakom...sure la motor tu tak dapat nak ada proses 'jual-beli'...

so cane tuh..?

aku mintak itu hisham othman jawab...!



:angry:

antulaparbalikpagi - January 31, 2011 12:44 PM (GMT)
for sure dia tak naek moto, so takan paham masalah kita

so dia akan jwb

"haku pedulik hape!!. janji bonus aku tahun dpn 12 bln, sbb korang semer kena byr. HAHAHA"

:ph43r:

zhos - February 1, 2011 01:40 AM (GMT)
hahahaha...

tp kesian kat rakyat yg susah nie...

dah lah susah...laghi bertambah susah..!

lepaih nih semua bikers yg pakai kapcai pun join itu 1%er...

dgn ah soo dan makcik2 pun join 1% nih....


:lol: :lol:

Azroy - February 4, 2011 07:35 AM (GMT)
aku rasa sepatutnya mcm ni,sapa yg nak hantar sukarela
atau diminta dipersilakan.tak perlu la mandatori.
tak salah aku cas check moto ialah rm15.
tpp sebab semua ni kroni untuk,susahkan rakyat.
bg aku PUSPAKOM ni mmg servis thp mcm siput Babi lembapnya.
sebuah moto nak check pun terhegeh hegeh.cr no enjin ngan chasis pun tak jumpa.bila aku nak tnjuk taknak plak.
staff berlagak nak MAMPOS,walhal dia kerja Drb hicom je,bkn
JPJ.nak check konon,bas yg mati berpuluh puluh org pun fail
puspakom,apa cerita?MIROS pun dah kena bubar,sebab kerja
menghabiskan duit rakyat byr gaji je

fallen angel - February 16, 2011 05:56 AM (GMT)
ramai2 la jadi 1% pasni yeassssssssssssza




* Hosted for free by InvisionFree